LATEST UPDATES

Rumah Dipecah Masuk, Yusof Haslam Lepas 3 Das Tembakan







Lebih kurang jam 2:30 pagi tadi, kita digemparkan dengan berita kediaman pengarah dan penerbit filem Melayu tersohor, Datuk Yusof Haslam dipecah masuk. Menyedari rumahnya di Taman Melawati itu dipecah masuk, beliau yang sedang memonton TV mencapai sepucuk pistol jenis Glock dan melepaskan 3 das tembakan amaran apabila terdengar jerita pembantu rumahnya yang berada di tingkat bawah.


Suspek yang dipercayai seramai tiga orang bertempiaran lari ke dalam belukar dan hutan berdekatan selepas mendengar bunyi tembakan itu. Tiada sebarang kemalangan jiwa dan pihak polis masih melakukan siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata suspek yang terkejut dengan bunyi tembakan bergegas melarikan diri dan pemeriksaan ke atas rumah tersebut mendapati sebuah bilik di tingkat empat itu telah dipecah dan digeledah.

"Suspek dipercayai memakai topeng dan pakaian serba hitam. Mereka juga tidak mengenakan sebarang sarung tangan,” kata Khairuldin.

Siasatan awal mendapati terdapat dua bilik dalam rumah itu telah digeledah dan suspek juga masuk ke dalam bilik pembantu rumah namun gagal melarikan apa-apa barang dari bilik tersebut kerana pembantu rumah yang ketika itu sedang tidur tiba-tiba terjaga kemudiannya menjerit meminta tolong.

Yusof Haslam menunjukkan pintu rumahnya yang diumpil.
Rumah Datuk Yusof Haslam dilengkapi dengan sistem keselamatan yang tinggi termasuk juga dengan pengawal keselamatan, namun suspek yang licik membuatkan pengawal tidak menyedari kejadian tersebut.


Share This :
 

Top

Copyright © by I'm Big Deals 2014. All rights reserved. Designed By I'm Big Deals