LATEST UPDATES
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Ciri-Ciri Gadis Dari Setiap Negeri Di Malaysia Adalah Berbeza , JOM Kenali Watak Berdasarkan Negeri Masing-Masing !!!



Wanita semuanya unik. Ada yang unik, cool dan panas baran. Namun tahukah anda yang ciri-ciri wanita berlainan mengikut tempat yang mereka berasal? Ini bermakna yang wanita yang tinggal di Johor mempunyai ciri-ciri yang berlainan dari gadis dari Penang. Negera Malaysia terdapat 13 negeri yang sendiri mempunyai sesuatu yang sangat unik. Sebagai seorang yang telah menziarahi kesemua 13 negeri malaysia, saya telah memerhati ciri-ciri unik gadis-gadis daripada kesemua 13 negeri itu. Pada masa yang sama, saya telah memerhatikan yang hampir kesemua gadis daripada satu negeri akan bersikap atau mempunyai ciri-ciri yang bersamaan, tetapi berlainan dari negeri yang lain. Ini senarai ciri-ciri wanita daripa negeri yang berlainan...


JOHOR


Gadis Johor adalah wanita yang berdikari dan lapar untuk kejayaan. Mereka biasanya mahu menjadi yang terbaik dalam sukan, pelajaran dan hampir kesemua benda yang mereka lakukan, namum terdapat segelintir wanita yang mendapat markah yang kurang baik, tetapi ini bukan kerena mereka bodoh, tetapi kerena mereka tidak kisah. Apabila gadis Johor perkergi berkerja mereka akan lakukan apa saja untuk ke atas. Mereka juga membuat pasangan yang sangat baik oleh kerena mereka mempunyai emosi yang sangat kompleks. Mereka sangat menyayangi pasangan mereka, tetapi akibat terlalu sayang, kadangkala hubungan menjadi masam.

Keseluruhannya, orang Johor banyak bertenaga dan suka mengejar pencapaian.


MELAKA


Gadis melaka merupakan gadis yang sangat simpel. Bukan seperti gadis Johor, mereka jarang mengejar pencapaian. Gadis melaka kadangkala kelihatan seperti membosankan. Namun, ini ialah kerena mereka sebernya didalam dunia sendiri. Mereka suka melakukan kerja mengikut kelajuan diri sendiri. Mereka sangat relaks. Mereka juga tidak suka mengambik risiko. Namun, oleh kerena sikap yang sangat rileks mereka, gadis Melaka sangat senang untuk berkawan dengan. Mereka juga ialah orang yang sangat menyayangi hubungan. Mereka akan membuat kawan yang sangat baik.

SELANGOR.

Gadis selangor ialah gadis yang lebih ‘atas’. Maksudnya ialah gadis daripada selangor lebih tahu tentang berita-berita terkini. Tambahan, mereka cepat untuk mengadaptasi perkara dan teknologi baru seperti telefon bijak. Namun, akibat sikap yang suka menukar dan ‘high-class’ mereka seperti ashik sibuk dengan banyak perkara. Kadangkala kita tidak tahu apa yang gadis Selangor tengah memikirkan. Fikiran mereka sangat sukar untuk dibaca.

Gadis dari Selangor juga bersikap lebih terbuka dan kurang traditional. Mereka sanngup untuk berfikir berlainan daripada gadis-gadis dari negeri lain, asalkan tidak melanggar akidah islam.


KEDAH


Gadis kedah pandai untuk membuat banyak perkara pada satu masa, iatu ‘multi-tasking’. Mereka boleh menyelesaikan banyak perkara pada masa yang sama seperti memasak sambil menyusukan anak. Namum akibat suka ‘multi tasking’ ini, ramai gadis Kedah mengejar kecantikan. Untuk mereka, keputusan adalah kesemuanya.Mereka menjadi bagus dalam kesemua yang mereka lakukan tetapi mereka tidak special dalam apa-apa pun. Mereka dikatakan seperti the “jack of all trades’. Namun, dalam beberapa kerjaya dan hubungan romantik, sikap ini yang anda perlukan. Anda perlu tahu sedikit tentang kesemua benda. Jika anda seorang gadsi Kedah, kemungkinan besar anda seorang yang banyak membaca dan sangat intelektual. Gadis Kedah juga suka berbahas.


KELANTAN/TERANGGANU


Gadis dari Kelantan/Terangganu adalah gadis yang sangat traditional. Mereka membuat isteri yang terbaik. Mereka pandai memasak dan juga suri rumah yang baik. Mereka adalah role model isteri melayu. Mereka membuatkan isteri melayu yang terbaik. Berkerja keras, pandai membuat kerja rumah, menyanyangi anak dan juga sangat bagus memuaskan suami. Jika anda mendapat isteri dari Kelantan/Terangganu, anda memang bernasib baik. Mereka juga mempunyai fikiran yang sangat simpel...


NEGERI SEMBILAN


Untuk Gadis dari negeri sembilan, keluarga ialah perkara yang teramat penting uktuk mereka. Mereka akan membuat ibu yang sangat baik, tetapi mereka tidak suka untuk melepaskan anak mereka akibat terlalu protektif. Mereka juga sangat emotional dan selalu berasa nostalgia. Tambahan, mereka memounyai daya ingatan yang kuat- hampir semua perkara mampu diingati daripada mereka. Gadis-gadis Negeri Sembilan juga sangat sesntif tetapi dengan masa mereka akan menjadi sangat protektif dan seorang yang senang menyayangi orang lain.

Kepada pasangan kesayangan mereka, Gadis Negeri sembilan sangat lemah lembut. Kadangkala mereka akan naik angin. Namun, mereka membuat pasangan yang sangat baik. Oleh kerena mereka senstif, mereka seperti gadis yang lemah tetapi mereka juga mempunyai lidah yang sangat tajam. Jangan membuat mereka marah...

PAHANG

Gadis dari Pahang sangat kreatif, mereka mempunyai sesuatu bakat yang jarang ditemui olehj gadis lain. Namun, mereka senang dipengaruhi oleh kawan dan tidak suka dikritik. Oleh itu gadis dari Pahang harus ditunujuk jalan yang betul kadangkla. Dalam perhubungan, gadis Pahang sangat murah hati dan mempunyai sikap menyanyangi. Namun, kadangkala mereka terlalu sayang kepada orang yang salah. Oleh itu, banyak Gadis dari Pahang senang dilukakan, namun ini tidak akan membuat mereka berhenti daripada menyanyangi atau murah hati lagi...

PERAK

Gadis perak ialah gadis yang paling sibuk antara negeri-negri lain. Ini yang kelakarnya, ini bukan kerana mereka suka membuat banyak kerja tetapi mereka terlalu baik hingga menyebabkan mereka membuat kerja untuk perkerja lain. Tambahan pula, mereka tidak pandai untuk pelan membuat kerja.


Gadis dari Perak juga sangat senang untuk memberi pertolongan kepada orang lain. Mereka mampu menjadi hamba abdi kepada seorang yang mereka sangat sayangi. Ini menyebabkan mereka selalu ditipu. Tetapi, mereka ialah kawan yang sangat baik...


PERLIS


Gadis perlis kadangkala seperti orang yang paling malas. Namun ini tidak benar. Gadis perlis sebnarnya tahu untuk relax dan membuat kerja dengan perlahan. Oleh itu, kadangkala walapun mereka sangat sibuk, mereka seperti mempunyai banyak masa untuk menyolek diri dan membuat kopi. Kadangkala mereka masih boleh bersantai walaupun masih mempunyai banyak kerja yang belum dilakakan !!!


Gadis perlis juga sangat romantik. Mereka mahukan perhubungan romtik yang lama, dan penuh dengan komitment. Dan jika mereka tidak mempunyai hubungan seperti ini, mereka akan merasakan yang sesuatu dalam hidup mereka seperti kekurangan...

Hukum Suami Menjilat Kemaluan Isteri (Mesti Baca)



Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda?

Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah
...baca selanjutnya

9 Fakta Tentang Orang Yang Berkulit Gelap. Fakta Atau Auta?



Korang perasan tak kalau kat malaysia ni, bila cakap pasal hitam je, mesti orang kita akan cakap hitam manis? Adakah ini sekadar nak jaga perasaan je? Ataupun, ada seribu satu rahsia disebalik perkataan itu? Apa yang manisnya? Jadi betul atau tidak, kita bolos saja dinding itu!!!! (ok top jauh menyimpang dah…. :( )
  1. Seseorang yang berkulit gelap lebih kelihatan awet muda berbanding orang yang berkulit cerah.
  2. Kurang daripada 60% orang yang berkulit gelap obses untuk memutihkan diri mereka manakala selebihnya yakin dengan keistimewaan mereka.
  3. Lelaki yang berkulit gelap dikatakan lebih maskulin berbanding lelaki yang berkulit cerah.
  4. Seseorang yang berkulit gelap sering dikatakan sebagai atlet sukan.
  5. Seseorang yang berkulit gelap lebih berbakat terutamanya berkaitan seni.
  6. Karakter seseorang yang berkulit gelap sering dikaitkan dengan perwatakan yang kasar, ganas, dan antagonis.
  7. Wanita yang berkulit cerah lebih cenderung untuk memilih pasangan yang berkulit gelap.
  8. Kulit seseorang yang gelap lebih halus dan licin berbanding orang yang berkulit cerah.
  9. Seseorang yang berkulit gelap lebih gemar untuk memakai pakaian yang berwarna lembut dan tidak menyerlah.
Kesimpulannya, bagi pendapat top tak kisahla warna kulit korang gelap ke cerah ke apa, yang paling penting adalah tentang bagaimana korang menjaga tingkahlaku diri sendiri. Kalau kita berniat baik, berhati suci dan murni pasti semua orang akan suka dan selesa dengan kita kan? kan? Apa-apapun hiasi peribadi, kurangkan kontroversi, dan berdiri atas bakat sendiri

Hentikan Memanaskan Enjin Kenderaan Awal Pagi !

Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.
DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.
 
Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?
 
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.
 
Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
 
   

Jangan Terlalu Kurus, Penyakit Akan Menyerang ?


Lelaki yang aktif sukan sudah tentu memilik bentuk peha yang besar. Belum lagi mereka yang memang berbadan besar. Seluar jeans jenis ‘skinny’ tidak sesuai untuk digayakan. Namun, ada pula yang sanggup berdiet semata-mata ingin memilik tubuh kurus dan kaki melidi. MURSHID EUNOS kongsi antara keburukan dan penyakit jika kamu terlalu obses untuk menjadi kurus.
Bagi lelaki, jika kamu berdepan dengan indeks jisim badan atau BMI kurang daripada 18.5, ada beberapa perkara yang perlu kamu tahu kerana kurus tahap melampau boleh mengundang pelbagai penyakit. Itu adalah bacaan yang serius untuk kamu kerana terlalu kurus untuk menampung bentuk badan dan tulang kamu.
Berat tubuh badan yang ideal perlulah memiliki BMI di antara 20 hingga 25. Setiap lelaki sudah diberikan BMI ideal dan bersesuaian bagi mengimbangi keseluruhan keperluan bentuk tubuh kamu baik dari aspek ketinggian serta berat badan.

Jangan ingat penyakit diabetes dan penyakit jantung hanya mudah menyerang orang gemuk. Mungkin kerana terlalu banyak pendedahan mengenai keburukan mereka yang berbadan besar dengan pelbagai penyakit, jadi ramai terlepas pandang akan bahaya mereka yang bertubuh kecil.

Hakikatnya, orang yang berbadan kurus lebih cenderung kurang sihat apabila mereka merasakan tidak mempunyai masalah jika tidak perlu bersenam dan mengambil makanan segera. Ini adalah realiti yang mungkin ramai tidak pernah tahu.

Orang gemuk dilihat lebih ketara lemak yang membonjol terutama perut berbanding lemak orang kurus. Tapi harus diingat, lemak orang kurus ‘melekat’ pada jantung atau hati. Tidak jelas pada pandangan kasar, tapi orang yang kurus juga mempunyai lemak tersembunyi.

Kebanyakan orang kurus kerap merasa letih sepanjang masa. Kekurangan tenaga adalah simptom awal penyakit anemia atau kurang darah. Mudah semput, kerap sakit kepala dan pening kepala juga petanda penyakit anemia. Elak beranggapan orang kurus tidak perlu bertemu doktor kerana anda sebenarnya memerlukan nasihat mengenai cara pengambilan makanan.

Terlalu kurus juga boleh menjadi punca kamu menjadi seorang yang kurang subur. Lelaki yang terlalu kurus dikatakan berisiko 22 peratus berdepan masalah seksual seperti tidak berupaya untuk ejakulasi, sakit ketika mengadakan hubungan seks dan masalah erektil.

Ramai orang lebih risau akan lemak pada badan, tapi kurang tahu akan kepadatan tulang. Tubuh yang terlalu kurus boleh menyebabkan diserang osteoporosis dan tulang rapuh. Jika kamu tidak mempunyai sebarang lemak, lemak tidak mungkin dapat berubah menghasilkan estrogen. Tanpa estrogen yang mencukupi, tulang mudah rapuh.

Justeru janganlah kerana ingin kelihatan menarik dengan menyarungkan ‘skinny jeans’ kamu sanggup mengabaikan fakta mengenai bahayanya jika kamu terlalu kurus. Kurus tak mengapa, tapi janganlah makin nak nampak kurus hingga mengundang bahaya dan penyakit.

Jangan Abaikan Sarapan Pagi Anda !




Sarapan pagi adalah HIDANGAN PALING PENTING selepas tubuh kita "berpuasa" sepanjang malam. Sarapan pagi boleh membantu kita untuk mengekalkan paras gula darah yang sihat, yang mana ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita secara keseluruhan. 

Pastikan sarapan pagi kita lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin,
 mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan pagi seperti ini lebih mengenyangkan untuk memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin. Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi.

Elakkan mengambil sarapan pagi mengikut apa yang digemari tanpa mementingkan khasiat. Badan kita memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik. Makanan yang tidak berkhasiat boleh merosakkan organ tubuh yang lain. Organ yang paling banyak terjejas akibat tidak mengambil berat mengenai sarapan adalah pankreas kerana organ ini berfungsi untuk menghasilkan jus gastrik dan insulin. Sekiranya ini berlaku secara berterusan, pelbagai penyakit lebih mudah terjadi seperti diabetes, kenaikan berat badan dan juga penyakit darah tinggi.

FAEDAH BERSARAPAN:• Hidup menjadi lebih sihat
• Sebagai sumber tenaga tubuh
• Dapat meningkatkan kemampuan otak
• Membantu tubuh menjadi langsing
• Tumpuan dan mood menjadi lebih baik
• Sebagai pelindung jantung anda

ELAKKAN SARAPAN YANG MANIS kerana ia akan menyebabkan kita cepat lapar dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.


Memadam Imej Sensitif Dari Google Street View Malaysia

street view malaysia



Kami mengembara secara maya menggunakan fungsi ini dan kami menyedari ada gambar kenderaan milik kami yang tidak dipadamkan nombor pendaftarannya secara penuh oleh pihak Google. 



Mengikut undang-udang, pihak Google harus mengaburkan muka individu dan setiap nombor kenderaan yang dipaparkan di dalam Street View. Sekiranya anda menemui imej peribadi dan nombor pendaftaran kenderaan milik anda yang tidak dikaburkan apakah yang boleh anda lakukan? 



Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengarahkan Google untuk memadamkannya bagi pihak anda.

  1. Buka laman Google Maps.
  2. Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View
  3. Cari gambar yang ingin anda kaburkan.
  4. Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang “Report Inappropriate Street View” dan tekan butang “Submit”.
  5. Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.
street view malaysia

 
⬆
Top

Copyright © by I'm Big Deals 2014. All rights reserved. Designed By I'm Big Deals