LATEST UPDATES
Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Video, Gambar & Update : Pintu Masuk Dipagar, Keadaan Tegang Di Perkarangan UM



Kuala Lumpur, 27 Okt - Keadaan menjadi tegang di Universiti Malaya setelah pintu masuknya telah dipagar bagi menghalang orang ramai dari masuk untuk mengikuti ceramah Anwar pada malam ini.


Pemimpin pelajar berucap memohon dibukakan pintu pagar UM. Masuk! Masuk! Masuk! Jerit pelajar. 



Keadaan juga menjadi semakin tidak terkawal setelah beberapa penyokong yang berkumpul mula bercakap-cakap untuk merempuh pintu pagar UM.





Ceramah yang dijadualkan bermula pada 8.30 malam itu bagaimanapun masih belum bermula apabila kelibat Anwar masih lagi belum kelihatan(8.45 malam).

Pihak Universiti Malaya sebelum ini menyatakan program ceramah dari Anwar sempena rayuan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan esok tidak mendapat kebenaran dari pihak universiti. 



UPDATE
10:32 pm : Anwar selesai memberi ucapannya. Orang ramai mula bersurai dan ada yang mengiringinya keluar ke pintu pagar UM

10:05 pm: Anwar Ibrahim mula berucap di tapak perhimpunan.


9.58 pm: Tempat perhimpunan menjadi gelap dipercayai kerana lampu dipadam dan Anwar Ibrahim dikatakan berada di celah-celah orang ramai.

9:53 pm : Lebih kurang 2,000 orang dilaporkan berada didalam kampus UM


9.30 pm : Anwar tiba di pintu pagar UM ditemani oleh isterinya



9.28 pm: Pelajar berarak ke arah dewan UM untuk menunggu ketibaan Anwar Ibrahim.


9.20 pm: Pintu pagar Universiti Malaya telah dirempuh dan roboh.

9:07 pm:  Dilaporkan kira-kira 700 orang dilaporkan berada di perkarangan UM sekarang.

Video ketika pintu pagar UM dirobohkan.



Misi Cari MH370 Langgar Protokol, Kos Jadi Tinggi?

Menurut Des Ross, seorang pakar penerbangan Australia, kos operasi pencarian pesawat MH370 meningkat drastik akibat sikap pihak berkuasa yang tidak mengikut protokol.
Merujuk tulisan Ross dalam laman sesawang Aviation Business, “Jika protokol diikuti dengan baik, kita tidak lagi mencari pesawat itu sehingga ke hari ini.”
Selain itu, dia juga mendakwa terdapat percanggahan dalam versi rasmi saat akhir pesawat itu kerana beberapa elemen tidak diambil kira, seperti kesan Doppler, ping satelit dan peranti teknologi canggih lain.
Ujar Ross lagi, durasi masa empat jam selepas pesawat tersebut terputus dari radar adalah tempoh penting kerana pada waktu itu, timbul kekeliruan dan salah maklumat terutama apabila MAS berkata mereka melaporkan kepada menara kawalan yang terdapat komunikasi dengan MH370 di ruang udara Kemboja.
“Pesawat tidak pernah memasuki ruang udara Kemboja,” ulas Ross.
Tambahnya, pengawal trafik tidak sepatutnya menerima informasi tersebut terutamanya apabila mereka belum memberi kebenaran kepada pesawat itu untuk menyimpang dari laluan.
Ross berkata, walaupun banyak bukti masih belum dijumpai, namun ada fakta yang masih disembunyikan. Beliau optimis pesawat tersebut boleh ditemui jika protokol tidak dilanggar. - MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tiada Lagi Penghantaran Powerbank & Smartphone Ke Sabah Sarawak


Terbaru, Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi dimana mereka tidak lagi membuat penghantaran yang menyertakan bateri litium dari Semenanjung Malaysia ke Sabah & Sarawak mulai 1 November ini.

Ia berikutan dengan peraturan IATA yang menyertakan bateri litium tersenarai dalam barangan terlarang dan merbahaya untuk dikendalikan menggunakan mel udara. Selain dari Powerbank, produk seperti smartphone juga termasuk dalam kategori terlarang kerana ia menggunakan bateri berasaskan litium.

Setakat ini, hanya Pos Malaysia yang membuat kenyataan rasmi mengenai larangan tersebut.  Tiada notis dari syarikat mel yang lain buat masa ini.

Baca kenyataan rasmi dari Pos Malaysia Berhad di bawah:

Mutakhir ini, Pos Malaysia Berhad menerima banyak pengeposan bateri litium dan power bank ke Sabah, Sarawak dan luar negara. Selaras dengan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Barangan Berbahaya (Dangerous Goods Regulations), terbitan International Air Transport Association (IATA), Pos Malaysia Berhad tidak boleh mengendalikan item berbahaya di dalam mel udara, bungkusan udara dan EMS.

Bateri litium dan power bank dikategorikan sebagai barangan berbahaya. Pelanggan diminta untuk memastikan tiada bateri litium atau power bank terkandung didalam bungkusan yang dihantar.

Larangan ini berkuatkuasa pada 1 November 2014 dan sebarang pegeposan item yang mengandungi bateri litium atau power bank akan ditahan di Pos Malaysia International Hub (PMIH). Semua hantaran yang ditahan boleh dituntut kembali tanpa pemulangan caj pengeposan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada kakitangan kaunter atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 300 300 atau layari www.pos.com.my

Pakar Forensik Siasat Keaslian Video Seks Lelaki Mirip UAI

PIHAK polis dilaporkan sudah pun menghantar klip video seks yang didakwa mirip dengan seorang penceramah popular Ustaz Azhar Idrus, 50, ke Jabatan Forensik bagi menyiasat kesahihan dan keaslian video tersebut.
Memetik laporan sebuah akhbar harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, pakar forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menganalisa kandungan video itu untuk mengenal pasti keasliannya dan juga menyiasat sama ada adakah ia menggunakan teknik pertindihan (superimpose).
“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini,” katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan di atas kesalahan penyebaran dan memiliki bahan lucah dan pihak polis juga masih dalam proses siasatan mengenal pasti individu yang mula-mula sekali menyebarkan video tersebut di laman Internet. -MYNEWSHUB

Harga Gas Masak Naik Mulai 1 November



Sebuah notis kenaikan harga gas mula tersebar di laman Facebook sejak semalam. Notis tersebut dikeluarkan oleh pihak Summit Petroleum (M) Sdn Bhd yang mengambil keputusan untuk mengurangkan insentif kadar kerugian yang ditanggung dengan memotong insentif jualan yang diberikan kepada para pengedar sebanyak RM0.50 setiap silinder.

Menurut notis itu lagi, mereka terpaksa menaikan harga jualan dari yang sedia ada memandangkan sumber kewangan bagi menampung kos operasi perniagaan itu bergantung kepada insentif yang diberikan.

Berikutan dengan itu, pihak Summit memohon para pengedar bersedia untuk memindah kenaikan kos tersebut kepada para pelanggan mereka. 


Nampak gayanya, kita harus tukar gaya hidup. Sahut kempen bawa bekal ke tempat kerja. Atau bertukar menggunakan dapur kayu. - My Media Hub

Perlukah Bagi Bonus Pada Penjawat Awam Tiap Kali Bentang Bajet?



Bonus untuk penjawat awam diumumkan dalam belanjawan tahunan Malaysia saban tahun diakui memberikan kegembiraan kepada sektor awam, namun ianya membangkitkan persoalan: adakah pemberian bonus itu akan menjadikan keseluruhan penjawat awam melaksanakan tugas mereka dengan baik? 

Menurut pakar ekonomi dari Universiti Malaya, Dr Lee Hwok Aun, Malaysia membelanjakan 33% daripada belanjawan tahunan untuk pembangunan sejak sedekad lalu. Namun, hari ini perbelanjaan pembangunan hanya meliputi sekitar 20%.

Angka 33% itu antara 1998 hingga 2001, sebelum jatuh ke 26% antara 2002 hingga 2008 dan terus menurun ke 23% (2009-2011), dan akhirnya, 20% (2012-2014).

"Perbelanjaan bagi pembangunan infrastruktur, kapasiti dan teknologi semakin berkurang saban tahun."

Sejak tiga tahun lalu, jumlah yang dibelanjakan bagi gaji penjawat awam menyamai dan kemudiannya menjadi lebih besar daripada jumlah untuk pembangunan, menurut dokumen Kementerian Kewangan.

Pada 2012, sejumlah RM52 bilion digunakan untuk gaji dan pendapatan penjawat awam atau "emolumen" berbanding RM51.2 bilion yang digunakan untuk pembangunan. Jumlahnya membentuk 22% daripada keseluruhan belanjawan negara.

Pada 2013, sejumlah RM58.6 bilion atau 23% daripada belanjawan digunakan untuk membayar emolumen dengan hanya RM49.7 bilion digunakan bagi pembangunan.

Jumlah emolumen kemudiannya meningkat kepada RM63.6 bilion pada 2014 atau 24% daripada belanjawan. Manakala dana pembangunan mengecil kepada hanya RM46.5 bilion.

Pertambahan pembayaran emolumen dilihat selari dengan pertambahan jumlah penjawat dalam sektor awam.

Menurut Lee, daripada 2004 hingga 2012, kadar penggajian pekerja sektor awam daripada keseluruhan penggajian, meningkat daripada 9.86% kepada 10.04%.

"Sepanjang tempoh ini, anggaran saya menunjukkan kadar penggajian penjawat awam meningkat sebanyak 3.31% setiap tahun, manakala kadar penggajian sektor swasta meningkat 3.05% setahun.

Perkhidmatan awam atau swasta?

Jadi, adakah jumlah tenaga kerja sudah menjadi terlebih besar?

Lee berkata memandangkan Malaysia mahu menjadi negara dengan ekonomi berasaskan perkhidmatan, ia memerlukan jumlah penjawat awam yang besar.

Malah ada yang berpendapat jumlah penjawat awam di Malaysia tidak terlalu besar.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, anggapan sedemikian timbul disebabkan cara negara ini mendefinasikan kakitangan kerajaannya.

Menjelang pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober ini, jaminan yang akan diberi perdana menteri yang juga menteri kewangan dalam usaha meningkatkan kecekapan kerajaan akan menentukan sama ada beliau akan mendapat lebih cemuhan atau sorakan apabila mengumumkan bonus untuk penjawat awam. – 6 Oktober, 2014. - Malaysian Insider

Cerita Sebenar 5 Warga Bangladesh Tidak Diberi Daging Korban



7 Oktober yang lalu, seorang pengguna Twitter memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan lima orang lelaki yang dipercayai warga Bangladesh sedang menunggu untuk diberikan agihan daging korban di sebuah masjid yang tidak dinyatakan lokasinya.

Selepas sembahyang, upacara korban dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai sebelum dibahagikan kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin. 


Menurut sumber, lima lelaki Bangladesh ini mahu menyaksikan ibadah korban tersebut dihalau bagaikan binatang oleh seorang individu yang bergelar Haji. Malah mereka juga turut kempunan mendapatkan agihan daging korban.

Andainya kejadian ini benar-benar berlaku, ini satu perkara yang amat menyedihkan serta memalukan. Walaupun mereka warga Bangladesh, mereka juga manusia dan juga saudara Islam. 

Sudahlah mereka terpaksa meninggalkan keluarga, berhijrah jauh dari kampung halaman demi mencari rezeki untuk keluarga mereka. Apa salahnya bersedekah kepada mereka?


Bagaimanapun, ada yang mendakwa pada ketika itu, daging-daging masih belum siap dibungkus. Pihak masjid juga telah mempelawa mereka makan tengah hari bersama dan mereka turut diberikan kopun.


Namun, dakwaan itu dinafikan terus oleh seorang saksi yang berada di tempat kejadian dan mendakwa kenyataan terbabit cuba memburukkan imej UMNO.

Seorang saksi yang juga penduduk di kawasan tersebut tampil menjelaskan bahawa kejadian yang sebenarnya. 


Menurut Hairun NishaQaliesya, pakcik yang dikatakan Haji itu, memang ada bertanya kepada lima lelaki warga Bangladesh terbabit sama ada mereka Islam ataupun bukan. Setelah mendapati mereka beragama Islam, pakcik terbabit memberikan mereka makan dan juga daging korban. Bukan seperti yang didakwa oleh pengguna Twitter terbabit yang nyata melencong dari fakta asal.

Menurut Hairun lagi, Pakcik yang dikatakan Haji itu bukanlah Haji yang sebenar-benarnya. Beliau hanya berpakaian seperti seorang Haji dan menjadikan penduduk di situ memanggilnya dengan panggilan Haji.

Itulah cerita sebenarnya. - My Media Hub

20 Tips Jimat Minyak Kenderaan Yang Anda Perlu Tahu


Dari segi kenderaan

1. Pilih dan beli kenderaan yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah

Jika sudah terbeli kenderaan lain, sila baca tip yang seterusnya ini.

2. Periksa tekanan angin tayar kenderaan

Pastikan tekanan angin dalam tayar sama seperti yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan anda pada carta berat dan tekanan angin di tiang pintu kenderaan.

Tekanan angin itu mesti seimbang dengan berat kenderaan (tanpa penumpang/dengan penumpang) dan diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali

3. Tutup air-cond apabila cuaca sejuk

Penggunaan minyak bertambah 10% apabila air-cond dihidupkan.

4. Kurangkan rintangan angin

Biasanya setiap kenderaan ada sifat bentuk aerodinamiknya yang akan mempengaruhi kesan rintangan angin.

Tutup tingkap rapat-rapat juga membantu mengurangkan kadar rintangan angin ketika air-cond dihidupkan.

5. Kurangkan Berat Bebanan Kenderaan

Pastikan hanya barang yang perlu sahaja ada di dalam kenderaan.

Jangan jadikan kenderaan sebagai stor kerana semakin berat kenderaan, semakin banyak minyak diperlukan.

Dari segi pengisian minyak

1. Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk (tidak terik matahari)

Minyak adalah cecair dan ia boleh bertukar menjadi wap ketika waktu panas.

Jika anda perasan, kita akan nampak ketara minyak meruap dan bau minyak yang kuat ketika di isi pada waktu panas berbanding waktu sejuk.

2. Jika terpaksa isi minyak ketika waktu panas

Jangan buka penutup minyak terlalu awal walaupun atendan pam suruh anda buka juga penutup itu.

Pergilah lakukan pembayaran di kaunter minyak dahulu. Kemudian baru buka penutup minyak itu dan isi minyak.

3. Kombinasi minyak 97 dan minyak 95

Penggunaan minyak 97 lebih melancarkan enjin kenderaan.

Jika selalu guna minyak 95, sesekali bolehlah isi minyak 97 agar dapat membantu perjalanan enjin menjadi lebih lancar.

4. Isi minyak dengan perlahan-lahan

Jika anda cepat tarik toggle pump minyak itu ke tahap paling maksimum, kemungkinan angin dan risiko meruap itu lebih tinggi

5. Isi minyak hingga tangki penuh

Isi minyak tangki penuh lebih berbaloi dan menjimatkan

Dari segi pemanduan

1. Bawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan konsisten.

Kelajuan yang sesuai ialah di antara 70 – 90 km/j.

Namun, pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula.

Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:

100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%

2. Jangan kerap tekan break.

Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat.

Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek)

Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.

3. Pastikan guna gear yang betul

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan.

4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat

Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi.

Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.

5. Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan

Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.

Dari segi perjalanan

1. Kenderaan CC besar tidak sesuai digunakan untuk pemanduan jarak yang dekat

Penggunaan minyak lebih ketara tinggi berbanding ketika jalan jauh.

Minimumkan perjalanan jarak dekat.

2. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.

Elakkan sesat jalan dan gunakan alat GPS untuk membantu anda.

3. Matikan enjin kenderaan ketika menunggu orang di dalam kenderaan.

Buka tingkap dan matikan enjin boleh membantu menjimatkan minyak kereta anda.

Jika panas, sediakan kipas tangan atau kipas stroller anak anda.

4. Amalkan kongsi kenderaan

Contoh, pergi ke tempat kerja bersama pasangan atau rakan-rakan.

Boleh juga kongsi kenderaan ketika balik ke kampung semasa perayaan.

Jimat minyak, jimat wang dan kurang menyesakkan jalan.

5. Elak jalan dan waktu sesak

Kurangkan perjalanan semasa waktu puncak pergi kerja dan balik kerja.

Namun, pastikan masa anda yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Dari segi penyelenggaraan

1. Selenggara kenderaan mengikut jadual yang telah ditetapkan

Patuhi jadual penyelenggaraan agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan tip top.

Penalaan enjin yang tidak sesuai akan meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus

2. Guna bahan rawatan minyak

Masukkan bahan rawatan minyak kerana ia dapat membantu menyuci injap minyak dan mengelakkan injap minyak tersumbat.

3. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala

4. NGV pada kenderaan anda

NGV memang lebih jimat dan murah berbanding petrol.

Namun, dinasihatkan mendapat penjelasan dari pihak yang pakar sebelum memutuskan penggunaan NGV pada kenderaan anda.

Tangki NGV akan memakan sedikit ruang simpanan kenderaan anda.

5. Pilih bengkel dan mekanik yang boleh dipercayai dan tidak mengetuk harga servis.

 
⬆
Top

Copyright © by I'm Big Deals 2014. All rights reserved. Designed By I'm Big Deals