LATEST UPDATES
Showing posts with label tragedi. Show all posts
Showing posts with label tragedi. Show all posts

Padah Mabuk, Remaja Sembelih Kakak Sendiri

Mungkin ini merupakan mimpi ngeri yang tidak akan dilupakan oleh sepasang suami isteri.
Ketika nyenyak tidur di kediaman mereka yang terletak di Kemuning Utama, Shah Alam pasangan ini dikejutkan dengan ugutan bunuh diri oleh anak perempuan berusia 18 tahun yang sedang mabuk.
Bertambah menghayat hati, tidak lama kemudian, mereka menemui mayat anak kedua, 22 tahun yang sudah terkulai layu disembelih di hadapan biliknya.
Menurut laporan akhbar Harian Metro, kejadian yang berlaku sekitar jam 3 pagi itu menyedarkan jiran lalu mereka bertindak menghubungi polis yang kemudiannya menahan suspek.
Menurut laporan, jiran hanya melaporkan kejadian ugutan bunuh diri akibat kekecohan dalam rumah keluarga tersebut tanpa menyedari si mati dibunuh oleh adiknya sendiri.
“Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian, sejurus selepas pihak ambulans tiba di tempat kejadian - MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Suami Potong ‘Anu’ Kekasih Isteri Curang

Nouakchott (Mauritania) – Seorang lelaki yang mengamuk selepas menemui isterinya mengadakan seks bersama lelaki lain di rumahnya, menikam mati wanita itu sebelum memotong kemaluan lelaki berkenaan.
Menurut laporan media tempatan, lelaki itu menyerang isterinya yang berusia 20-an tahun dan teman lelakinya di atas katil sebelum melarikan diri ke kampung bersebelahan.
Jiran yang terkejut dengan jeritan teman lelaki wanita itu membawanya ke hospital dan kini dirawat di unit jagaan rapi dengan kawalan keselamatan ketat.
Polis turut melancarkan gerakan memburu si suami. – Agensi

Putus Kaki Kanan Akibat Gagal Memotong



Seremban: Seorang penunggang motosikal putus kaki kanan dan rakannya parah akibat gagal memotong sebuah kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan di Batu 6, Jalan Pantai-Jelebu pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi, mangsa, Muhd Khairul, 22, dan rakannya Akhmar Hanum, 20, menunggang motosikal Yamaha LC dalam perjalanan dari Pantai ke Seremban terbabas ke laluan bertentangan setelah gagal memotong sebuah kenderaan di hadapan.

Lori yang datang dari arah Pantai ke Jelebu merempuh motosikal mangsa menyebabkan mereka tercampak sejauh 7 meter.

Rempuhan itu mengakibatkan Muhd Khairul putus kaki kanan. Rakannya cedera parah di bahagian badan serta punggung. 

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut. - Harian Metro





- mymediahub

Saksi Kongsi Cerita Sayu Di Lokasi Kemalangan Terowong Menora


Mangsa nahas di susur keluar Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kuala Kangsar, Allahyarham Norhayati Wook, 50, sempat mengadu sakit dan meminta tolong sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam nahas itu.

Saat menyayat hati itu dimaklumkan oleh seorang pengguna Facebook yang merupakan antara orang yang terawal tiba di tempat kejadian dan sempat cuba membantu memadam kebakaran serta mengeluarkan mangsa.

Individu prihatin dengan nama akaun Facebook SuperYan Ahmad dalam satu ruangan komen di sebuah laman Facebook yang turut berkongsi video kesedihan mangsa Muhammad Yusriman, 23, yang begitu sedih ketika menelefon bapanya memaklumkan ibunya sudah meninggal dunia.


“Saya berada di tempat kejadian, berlaku depan mata, lori dengan kegagalan brek menghentam kereta mereka dari belakang sampai terbakar.

“Kami bertungkus lumus nak keluarkan mangsa dan padamkan api.. Arwah ibu lelaki ini (Muhammad) masih bernafas dan mengadu sakit kepada saya,” katanya dalam komen berkenaan.
Menurut SuperYan, mangsa yang meninggal dunia merupakan dua orang penumpang yang duduk di belakang kereta Proton Saga BLM berkenaan kerana kereta mereka remu dihempap tayar lori.

“Tayar lori itu betul-betul penyekkan kereta mereka, yang selamat pemandu, penumpang hadapan dan adik kecil mereka, saya pertama sampai dan nampak adik kecil minta tolong dan api mula marak,” katanya.

Dia kata, beberapa buah lori dan bas yang melalui laluan itu terpaksa ditahan untuk meminta alat pemadam api dan air mineral untuk memadamkan kebakaran seterusnya menyelamatkan mangsa.

“Kalau tengok tempat kejadian, beratus2 botol air mineral, tq (terima kasih) kepada semua yang menolong,” kata pengguna Facebook itu.

Apapun, keprihatinan seperti pengguna ini begitu layak dipuji dan penjelasan mengenai apa yang terjadi dapat membuatkan kita faham apa yang berlaku dalam kejadian itu sebenarnya. – MYNEWSHUB

Lelaki Terselamat Kemalangan, Terbunuh Dihempap Kereta Isteri Dilokasi Sama


PERANCIS: Seorang lelaki Perancis yang terselamat dalam satu kemalangan jalan raya tetap bertemu ajal apabila dihempap pula kereta isterinya yang bergegas ke tempat kejadian dan terbabas di lokasi yang sama.

Kereta yang dipandu si suami yang berusia 56 tahun itu sebelum itu terbabas di selekoh tajam berdekatan Carville, utara Perancis, menurut laporan Ouest-France.

Lelaki terbabit, bersama anaknya yang berusia 16 tahun, sebelum itu berjaya merangkak keluar dari kereta tanpa mengalami kecederaan.

Dia terus membuat panggilan kepada isterinya untuk meminta bantuan.

Malang tidak berbau apabila isterinya yang bergegas ke tempat kejadian terlibat dalam kemalangan di selekoh yang sama, mengakibatkan kereta yang dipandunya bergolek ke arah kereta suamiya.

Si suami dihempap oleh kereta isterinya dan mati serta-merta di tempat kejadian.

Isteri dan anaknya pula hanya mengalami cedera ringan.

sumber http://mymediahubonline.blogspot.com/
 
⬆
Top

Copyright © by I'm Big Deals 2014. All rights reserved. Designed By I'm Big Deals