LATEST UPDATES
Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Isu sentuh anjing, Aziz M.Osman kemuka soalan paling mengejutkan


Umum mengetahui Program I Want To Touch A Dog yang dianjurkan pada 19 Oktober lalu di Central Prak, One Utama menerima kecaman hebat bukan sahaja dari para ulama dan ustaz malah kalangan masyarakat muslim di negara ini.
Ramai berpendapat program tersebut menghina agama islam dan seharusnya berulang. Ada yang mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil ke atas penganjur acara berkenaan.
Di sebalik kehangatan kontroversi program itu, penerbit dan pengarah terkemuka di industri hiburan tempatan Aziz M.Osman tampil mengemukakan satu pertanyaan yang pasti mengejutkan ramai.
Apakah pertanyaan beliau sehingga mendapat banyak respon dari laman sosial? Korang boleh baca sendiri di bawah.

Rozita Che Wan Marah Follower Instagram ‘Bodoh Tak Boleh Diajar’


Susulan dari isu Hospital Ampang Puteri ingin menaja Rozita Che Wan bersalin tidak lama lagi, ramai pihak yang mengecam tindakan hospital tersebut serta tindakan Che Ta yang menerima tawaran itu meskipun berkemampuan.

Bukan itu saja, Che Ta juga selalu menerima pelbagai kritikan pedas dari follower Instagramnya berikutan dengan kenyataan medianya baru-baru ini yang menyatakan ‘Saya boleh mintak apa saja’ dianggap sebagai angkuh.

Berang dengan dakwaan itu, Che Ta akhirnya melepaskan amarahnya secara terbuka di Instagram.


“Saya boleh mintak apa saja” maknanya saya boleh pilih doktor mana yang saya nak! Itu je… awak ni bodoh ke bangang dah bc story tu pn tp tak paham!!!! Lain kali klau bengap sgt nk paham cerita, bc la seqibu kali supaya org tk ckp bodoh!!! Ni la yg dikatakan bodoh tk boleh di ajar!” balasnya dengan marah.

Dalam keadaan yang masih mengandung, bahasa-bahasa sedemikian amatlah tidak sesuai diucapkan. Bahkan followers Instagramnya juga tidak menyangka Che Ta berbahasa sedemikian.



Ekoran dari itu, ada sesetengah followersnya mengingatkan Che Ta agar menjaga tutur katanya ketika mengandung. Kerana apa yang diucapkan itu bimbang akan terpalit balik kepada anak yang dikandung.  - My Media Hub
 
⬆
Top

Copyright © by I'm Big Deals 2014. All rights reserved. Designed By I'm Big Deals